KEN Holdings Berhad – Malaysia’s 1st Green Developer | Ken Holdings Jangka Pendapatan Berterusan Daripada Menara Ken @TTDI
17727
single,single-post,postid-17727,single-format-standard,_masterslider,_msp_version_2.10.2,ajax_leftright,page_not_loaded,, vertical_menu_transparency vertical_menu_transparency_on,qode-title-hidden,qode-theme-ver-7.1,wpb-js-composer js-comp-ver-4.5.1,vc_responsive

14 Apr Ken Holdings Jangka Pendapatan Berterusan Daripada Menara Ken @TTDI

BERNAMA, 14 April 2015

KUALA LUMPUR, 13 April (BERNAMA) — Pemaju hartanah, Ken Holdings Bhd,  menjangka projek Menara Ken @TTDI akan menyumbang pendapatan berterusan lebih RM10 juta setahun.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Tan Boon Kang berkata, pendapatan itu akan diperolehi daripada sewa pejabat korporat, yang dijadual siap akhir tahun ini.

“Bangunan berkenaan, antara lain, mengandungi ruang pejabat gred platinum, galeri seni, teater seni persembahan serta outlet makanan dan minuman,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini, hari ini.

Menara Ken @TTDI telah menerima anugerah untuk reka bentuk, seni bina dan ciri hijaunya yang mampan.

Tan berkata, pihaknya akan melancarkan satu lagi projek di Kota Baharu, Kelantan menjelang akhir tahun ini.

Dengan nilai pembangunan kasar di antara RM70 dan RM80 juta, projek bersebelahan Kota Baharu Mall itu mempunyai apartmen perkhidmatan dan hotel 150 bilik.

“Kami juga akan melaksanakan projek Ken Rimba 2, iaitu kondominium 240 unit di Shah Alam menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

Pada masa ini, syarikat itu mempunyai bank tanah 40.47 hektar di Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Johor Baharu, serta jualan yang belum dibil bernilai RM230 juta.

Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 pendapatannya meningkat 63.3 peratus kepada RM91.1 juta berbanding RM55.83 juta setahun sebelum itu.

Keuntungan sebelum cukainya meningkat 53.1 peratus kepada RM43.74 juta berbanding RM28.26 juta pada tahun sebelumnya.

Source from http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1125733