Konstruksi Serba Trendy

By GLAM Lelaki | July 2018 Issue

Reka bentuk bangunan dibina secara khas dengan idea rekaan ruangan pejabat juga galeri yang berbagai saiz membuatkan Menara KEN TTDI menjadi kawasan pilihan utama penduduk tempatan.

Bagi para penduduk kawasan Taman Tun Dr. Ismail atau Damansara anda pasti mengenali Bangunan Menara KEN ini yang dahulunya merupakan tapak medan selera lama Rasta Jalan Burhanuddin Helmi. Terletak secara strategic di sekitar kawasan yang mengalami kesesakan lalu lintas yang kurang berbanding bandar lain, projek ini telah dibanngunkan oleh Syarikat KEN TTDI SDN BHD yang merupakan anak Syarikat kepada KEN Holdings Berhad.

Menara KEN TTDI telah siap pada tahun 2016. Setiap pejabat dalam Menara ini punya panel kaca berketinggian penuh di sekeliling yang memberi pemandangan indah dan luas akan kejiranan di sekitarnya. Penggunaan atap solarium di tengah-tengah bangunan pula mengurangkan keperluan pencahayaan lux yang tinggi dek cahaya semula jadi yang diterima cukup untuk menyinari segenap ruang dalam.

Antara ruang juga kawasan yang anda boleh lawati mahupun sewa di dalam bangunan ini ialah, ruang acara The Space yang terletak di tingkat dua dengan kapaciti untuk 1,000 orang. Menara KEN juga punya ruang coworking yakni Common Ground, yang memenuhi tuntuan gaya kerja yang melibatkan tempat kerja yang dikongsi, tak kira Syarikat yang berbeza. Common Ground merupakan ruang co-working yang

Selain itu, bagi ahli seni yang mencari ruang untuk mempamerkan hasil ciptaan karya mereka, ruang seni KEN Gallery punya tiga dewan berkeluasan 8,000 kaki persegi. Dewan yang menempatkan pentas teater The Platform juga boleh disewa untuk sebarang acara pertunjukan. Menarik lagi, pusat gim serba mewah, Babel juga terletakdi aras bumbung bangunan, dilengkapi kolam renang infiniti memandang ke arah panaroma indah mencipta sensasi yang tenang semasa keberadaan anda di sana.