Mmmpat Abdul Standup Comedy Show

NFI_3771

MMMPAT ABDUL STANDUP COMEDY SHOW

LOL Asia mempersembahkan Mmmpat Abdul bersama empat pelawak stendap komedi yang pasti akan menggetarkan jiwa dan perut seperti bunyi gitar rancak. Persembahan Mmmpat Abdul akan menampilkan stendap komedi terbaru dan terbaik daripada pelawak-pelawak terkini berinspirasi dengan komedi yang masih dianggap yang terunggul; dari Allahyarham P.Ramlee.

Rayza Mukmin, JD, Farid Azmeir dan Nizam Jentik Jentik semakin biasa disebut sebagai pelawak terkelakar masa kini dengan persembahan mereka di program Oi Jaga Mulut, Komediri, Sedapnya Mulut, Lawak Ke Der, Lawak Solo, Maharaja Lawak Mega dan pelbagai lagi.

Kombinasi Mmmpat Abdul sememangnya akan menghasilkan komedi yang mantap dan boleh membawa seni ini ke era alaf baru di mana stendap komedi, yang penampilannya lebih bijak, berjaya menghiburkan hati rakyat Malaysia (dan Isketambola). Kami berharap para penonton dapat hadir untuk mendengar ini cerita bersama rakan-rakan sekeluarga termasuk ibu mertua dan madu, terutamanya jika ada tiga.

« 1 of 3 »
back